Akar Kayu ( Rempah Ratus Tangas )

Sorry, we are out of stocks
DETAILS

KHASIAT :

Bertangas dapat membantu untuk melancarkan peredaran darah, memecahkan lemak dan angin, mengelakkan sembab, membuang toksi dalam badan, membuang sel-sel mati, mengembalikan sistem badan, merawat keputihan, haid yang tidak teratur, membantu menurunkan berat badan, mencegah ketegangan otot, menyegar dan membersihkan kulit.

CARA PENGGUNAAN :

Tangas Basah : Rebus ramuan tangas hanya 1/3 sachet untuk satu sesi dengan 3 gelas air di dalam periuk tanah. Setelah mendidih angkat periuk tanah tersebut dan letakkan di dalam bangku tangas. Bertangas dengan kain sarung tangas.

Tangas Kering : Panaskan batu sungai selama 20 minit dengan api yang pelahan. Angkat batu sungai tadi dan dimasukkan kedalam periuk. Kemudian taburkan ramuan tangan di atas batu sungai tadi. Masukkan periuk kedalam bangku tangas. Pakai kain sarung tangas dan segera bertangas dengan asap herba yang keluar. Ketika bertangas lakukan latihan kemutan. Sesi bertangas boleh dilakukan dalam masa 15 hingga 20 minit. Bagi yang ingin meneruskan tangas dinasihatkan mengulangi sesi bertangas selepas 10 minit kemudian. Anda juga dinasihatkan minum dua gelas air masak setiap kali hendak memulakan sesi tangas.

KANDUNGAN :

Tunjuk langit, kayu berdarah, manjakani, halba, duri semalu, akar restu, sersi wangi dan 50mjrnis akar dan rempah ratus terpilih.

PHOTOS
back to top ⤴